Thursday, 12 September 2013

TEKNIK HIASAN LAMAN

Teknik menghias ruang laman yang terhad

Di kawasan bandar terutamanya di kawasan perumahan seperti rumah teres, kita sering mengenepikan keinginan kita untuk mengadakan laman dengan alasan ruang terlalu kecil untuk menghias sebagai laman. Baca artikel ini dan anda mungkin mendapat inspirasi baru untuk mencantikkan laman comel anda...


Beberapa tips untuk menghidupkan ruang laman anda yang kecil dan sempit

1. Gunakan cermin secara kreatif

Cermin yang digunakan perlulah deri jenis tahan cuaca dan lasak. Posisi cermin juga perlu agar tidak mengadap kepada kawasan lalu-lalang. Jika ia dapat membalikkan kawasan pemandangan bersetentang dengannya adalah lebih baik untuk memberi ilusi ruang yang luas di belakang cermin tersebut.

2. Gunakan teknik ilusi

Tujuan utamanya adalah untuk menarik perhatian. Ini boleh dilakukan dengan lukisan (atau dipanggil trompe l'oeil dalam bahasa perancis bermakna ilusi untuk menipu pandangan). Anda boleh menggunakan khidmat pelukis atau jika anda memiliki bakat ini sendiri, anda boleh menghasilkannya menurut citarasa anda sendiri. Pilihan seni haruslah untuk menimbulkan persepsi luas kerana jika anda lukis sembarangan, laman anda akan kelihatan sumbang dan semak. Pastikan anda menggunakan medium cat yang tahan perubahan cuaca di negara kita. Anda juga boleh membuat replika pintu atau tingkap menggunakan material sebenar (kayu, kaca dan sebagainya) untuk menimbulkan persepsi ruang di belakang ilusi pintu tersebut.



3. Gabungkan pelbagai elemen dengan kreatif
Kepada yang memiliki ruang laman yang luas, mereka boleh bermain dengan ruang, pelbagai jenis tumbuhan dan perspektif. Tetapi bagi anda yang memiliki ruang kecil, anda perlu bermain dengan jenis pasu yang digunakan termasuk tekstur dan warnanya, di samping tumbuhan dari pelbagai jenis tetapi sesuai sebagai satu kombinasi. Apa yang penting adalah hasilnya apabila semua elemen ini digabungkan. Jika dinding anda adalah simen atau batu, warna yang digunakan mestilah sesuai untuk mengujudkan ruang yang luas dan lapang.

No comments:

Post a Comment